Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba
Mujahid Islam

Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba Pejuang Mujahid

Sunday, September 26, 2010

Bermujahadah Di Pagi Hari...


             Assalamualaikum buat Saudara-saudaraku, semoga dada anda dilapangkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang dipenuhi dengan wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri. Rasulullah saw pernah bersabda:

"Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan." (Bukhari, Muslim)


     Fahamilah saudara-saudaraku, lantaran kesukaran jalan inilah maka jarang sekali orang yang melaluinya. Di antara yang menjalaninya pula jarang sekali yang benar-benar menempuhnya. Di antara yang menempuhinya juga jarang pula yang sampai kepada tujuannya dan berhasil mencapai apa yang dikejarnya. Mereka yang berjaya itulah orang yang mulia pilihan Allah untuk makrifat (mengenal) dan mahabbab (cinta) kepadaNya. Kita bermohon agar Allah swt memasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung dengan memperolehi rahmatNya. Tanamkanlah ke dalam hati sanubarimu keazaman untuk menjalani jalan ini. Renungilah firman Allah:

Menghadapi Kelemahan Iman....

            Haruslah kita sedar dan faham bahawasanya manusia seperti kita ini mengalami iman yang tidak tetap. Adakalanya iman kita meninggi hinggakan kita memperolehi kedamaian jiwa, amalan kita dirasakan manis, dada kita lapang - alangkah bahagianya di kala itu. Di saat yang lain pula dada kita terasa sempit, malas untuk melakukan amal ketaatan, fikiran menjadi kusut, tiada ketenteraman, jiwa gelisah serta kecenderungan untuk melakukan maksiat bertambah.

Di saat itu berhati-hatilah. Penuhilah masamu dengan tafakkur dan melakukan amalan taqwa. Fikirkanlah apa yang menyebabkan anda menjadi demikian. Adakah anda telah meninggalkan perintah Allah? Adakah anda melakukan maksiat? Atau adakah anda tidak redha dengan ketentuan Allah kepadamu?


Di saat sebegini bawalah hatimu mengunjungi salah satu dari tiga tempat:

Thursday, September 23, 2010

Alhamdulillah Ya Allah Di atas Kurniaan-MU Di Awal Pagi ini...

Assalamualaikum buat saudara seagama dgn ku..
Sekali lagi aku dikejutkan oleh hatiku dan

membangkitkan aku dari tidur..

Namun aku bersyukur pada-MU Ya Allah yg

telah menganugerahkan aku seketul HATI..

Yang mane satu ketika dulu Engkau pernah

mengambilnya dariku..

Tapi Alhamdulillah dengan kurniaan

hidayah dari-MU Engkau telah

mengembalikan Hatiku..

Wahai Saudara2ku...

Pada zahirnya kita miliki hati ini sehingga

akhir hayat..

Namun satu perkara ingin aku kongsikan

dan katakan pada kalian..

Andai kita miliki hati tp kita sering kali

melakukan laranganNYA,

itu bermakna hati kamu telah mati..Seolah2

kamu dah tiada hati kerana Allah Taala telah

mengambilnya kembali dari kamu..Hati yg

kita miliki sering kali berkata2..

Kata Hati kita sebenarnya terbahagi pada

dua..

KATA HATI ZAHIR & KATA HATI BATIN..



Saudara2ku...

Cubalah kamu cari dan bezakan diantara 2

kata Hati yang kita miliki skrg..

Sering kali kita mengikiut kata HATI ZAHIR

dan akhirnya kita kecundang..

InsyaAllah kamu akn dapat bezakan antara 2

kata Hati itu apabila kamu mengabdikan

HATI mu pada ALLAH SWT...




Ingin aku kongsikan pengalamanku bila aku

mengikut kata HATI ZAHIR ku satu ketika

dahulu..

Aku sangkakan Kata Hatiku pada mase itu

betul..

Namun akhirnya aku kecundang dengan

khilafku..

Teramat sakit aku rasakan..

Hinggakan Aku pernah mengadu padaNYA

lebih baik DIA memberi sakit pada jasadku

drpd Hatiku..


Namun akhirnya,Dengan izin dariNYA aku

dpt ketenangan Hatiku kembali..

Ya Allah..

Tuesday, September 21, 2010

Kelahiran Seorang Hamba......





Bissmillahirohmanirohim..
Alhamdulillahirobilalamin wasalatuwasalamuala’ashrofil ambiaiwalmursalin, waala’alihiwasobihi aj’main
Robbisrohlisodri wayasirliamri wahlulukhdatanmil’lisani yafkohukauli
Amin...
Assalamualaikum wbt......





Kisahnya bermula disini......
Tanggal 10 April 1989,jam menunjukkan pukul 5.00pagi...suasana dingin diiringi titisan embun yang membasahi bumi..Kelihatan seorang lelaki sedang mundar-mandir dilaman hospital..jelas kelihatan rase resah di raut wajah lelaki itu..namun jauh disudut hati lelaki itu,tersimpan satu perasaan yang tidak dapat di zahirkan...hanya Allah SWT yang mengerti perasaan lelaki tersebut diwaktu itu..
Waktu menunjukkan pukul 5.30pagi..tiba-tiba satu suara