Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba
Mujahid Islam

Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba Pejuang Mujahid

Tuesday, September 21, 2010

Kelahiran Seorang Hamba......





Bissmillahirohmanirohim..
Alhamdulillahirobilalamin wasalatuwasalamuala’ashrofil ambiaiwalmursalin, waala’alihiwasobihi aj’main
Robbisrohlisodri wayasirliamri wahlulukhdatanmil’lisani yafkohukauli
Amin...
Assalamualaikum wbt......





Kisahnya bermula disini......
Tanggal 10 April 1989,jam menunjukkan pukul 5.00pagi...suasana dingin diiringi titisan embun yang membasahi bumi..Kelihatan seorang lelaki sedang mundar-mandir dilaman hospital..jelas kelihatan rase resah di raut wajah lelaki itu..namun jauh disudut hati lelaki itu,tersimpan satu perasaan yang tidak dapat di zahirkan...hanya Allah SWT yang mengerti perasaan lelaki tersebut diwaktu itu..
Waktu menunjukkan pukul 5.30pagi..tiba-tiba satu suara kedengaran telah memecah kesunyian waktu dingin hari...makin lama makin jelas suara itu kedengaran...seperti satu tangisan seorang bayi...dalam mase yang sama, kelihatan lelaki yang pada mulanya kelihatan resah tadi berubah menjadi satu  wajah yang amat teruja dan gembira sekali... Tanpa diduga,rupan-rupanya...tangisan yang yang telah memecah kesunyian pagi itu adalah putera kepada lelaki itu...dengan perasaan gembira dan sayu,lelaki itu menghampiri seorang  wanita yang sedang terbaring kepenatan dan sedang menahan kesakitan di atas katil...terpapar diraut wajah  wanita itu yang dia baru selesai bertarung nyawa... Dengan penuh rase kasih sayang lelaki itu memandang kearah wanita tersebut sambil tangannya digengam...lantas berlinangan titisan air mata dari wanita itu setelah dapat melihat dan mendukung puteranya yang baru lahir itu...dengan wajh yang sayu lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana melahirkan zuriat pertamanya..setelah hampir 3 tahun pasangan itu menanti...namun akhirnya,dengan izinNYA dikurniakan seorang putera kepada pasangan itu...
Tanpa membiarkan masa berlalu begitu saja,lelaki yang telah bergelar ayah memangku putera sulungnya....dan dibisikkan laungan azan ditelinga puteranya dengan suara yang penuh sayu kegembiraan...setelah selesai laungan azan, lelaki itu mengusap-usap rambut puterannya dengan penuh manja...walaupun kelihatan agak kekok,namun lelaki itu ingin juga memangku puteranya....kelihatan seperti tidak mahu dilepaskan dari pangkuannya..
Lahirlah seorang putera yang belum diberi nama oleh ayah dan ibunya ke dunia... Iaitu alam kedua baginya setelah berada 9 bulan di alam rahim yakni alam pertama baginya...lahir saja putera itu ke dunia,jelas kelihatan 1 harapan di raut wajah pasangan itu, agar puteranya menjadi insan yang berguna...itulah harapan pertama yang diharapkan  seorang  ayah dan ibu dari puteranya yang baru lahir itu...Namun puteranya masih belum mengerti...harapan yang telah diletakkan ke atasnya...disaat itu,dia hanya mampu menangis, menangis, dan terus menangis...
Sang Suria telah kelihatan...kelihatan sudah ramai yang mengkerumi putera yang di nanti-nantikan itu...tidak putus-putus ciuman diberi kepada putera itu oleh kalangan darah dagingnya sendiri...Ibunya masih layu terkulai..namun dengan semangat keibuan yang membuak-membuak telah menguatkan dirinya untuk memangku puteranya untuk diberikan susu...pelbagai pujian yang diterima oleh putera itu yang masih belum mengerti apa-apa.. Suatu hari nanti,putera itu pasti jua akan mengerti semua ini...termasuklah juga harapan pertama yang diharapkan oleh kedua ibu dan ayahnya...........


     Setelah 3 hari aku berada di hospital bersama ibuku, aku dibawa pulang ke rumah, di mana tempat akan aku dibesarkan... Aku masih belum mengerti apa-apa selain menangis untuk tidur dan rase lapar..tapi masa itu makanan ku hanya susu yang diberikan sendiri oleh ibuku...suasana kecoh diperkarangan tempat baruku..rupa-rupanya,mereka sedang mencari nama untuk diberikan padaku..pelbagai nama yang yang ingin diberikan padaku...hingga membuatkan suasana menjadi kecoh...namun akhirnya, ayahku sendiri memberikan nama padaku..pada mulanya,ramai yang tidak bersetuju dengan nama yang ayahku ingin berikan padaku...termasuklah ibuku turut tidak setuju...akan tetapi,ayahku telah buat keputusan muktamad untuk berikan nama itu padaku...saudara-saudaraku dan ibuku terpaksa akur dengan keputusan ayahku...
     Muhamad Jeffrey Rosdi....itulah nama yang telah diberikan oleh ayahku..agak bergaya jugak nama diberikan padaku..tapi yang kelakarnya,nama tersebut bukanlah datang dari mindanya...nama tersebut diambil dari siaran television..pada masa tu berita sedang disiarkan,kebetulan berita mengenai seorang pesakit jantung yang mengalami kesulitan duit untuk melakukan pembedahan..pesakit itulah yang bernama Muhamad Jeffrey... Dipendekkan cerita,dari situlah nama ku diambil lalu diberikan padaku...

to be continue.................

No comments:

Post a Comment