Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba
Mujahid Islam

Ku Hanya Seorang Hamba

Ku Hanya Seorang Hamba Pejuang Mujahid

Thursday, September 23, 2010

Alhamdulillah Ya Allah Di atas Kurniaan-MU Di Awal Pagi ini...

Assalamualaikum buat saudara seagama dgn ku..
Sekali lagi aku dikejutkan oleh hatiku dan

membangkitkan aku dari tidur..

Namun aku bersyukur pada-MU Ya Allah yg

telah menganugerahkan aku seketul HATI..

Yang mane satu ketika dulu Engkau pernah

mengambilnya dariku..

Tapi Alhamdulillah dengan kurniaan

hidayah dari-MU Engkau telah

mengembalikan Hatiku..

Wahai Saudara2ku...

Pada zahirnya kita miliki hati ini sehingga

akhir hayat..

Namun satu perkara ingin aku kongsikan

dan katakan pada kalian..

Andai kita miliki hati tp kita sering kali

melakukan laranganNYA,

itu bermakna hati kamu telah mati..Seolah2

kamu dah tiada hati kerana Allah Taala telah

mengambilnya kembali dari kamu..Hati yg

kita miliki sering kali berkata2..

Kata Hati kita sebenarnya terbahagi pada

dua..

KATA HATI ZAHIR & KATA HATI BATIN..



Saudara2ku...

Cubalah kamu cari dan bezakan diantara 2

kata Hati yang kita miliki skrg..

Sering kali kita mengikiut kata HATI ZAHIR

dan akhirnya kita kecundang..

InsyaAllah kamu akn dapat bezakan antara 2

kata Hati itu apabila kamu mengabdikan

HATI mu pada ALLAH SWT...




Ingin aku kongsikan pengalamanku bila aku

mengikut kata HATI ZAHIR ku satu ketika

dahulu..

Aku sangkakan Kata Hatiku pada mase itu

betul..

Namun akhirnya aku kecundang dengan

khilafku..

Teramat sakit aku rasakan..

Hinggakan Aku pernah mengadu padaNYA

lebih baik DIA memberi sakit pada jasadku

drpd Hatiku..


Namun akhirnya,Dengan izin dariNYA aku

dpt ketenangan Hatiku kembali..

Ya Allah..

Aku bersyukur padaMU dengan kurniaan

dan anugerah yang Engkau berikan..

Langsung tidak terfikir dan terlintas di

fikiranku sebelum ini dengan Kurniaan yg

Engkau pinjamkan padaku kini..

"Ya Allah, dengan izinMu, Telah banyak

yang aku lalui Hingga pernah resah jiwa ini

Hingga pernah gelisah hati ini Cinta dunia

pernah merantai hati Walau tidak pernah

kuzahiri Dalam sederap langkah perjalanan

hidupku..

Jika dulu telah Engkau izinkan Aku merasai

kehangatan kasih dalam alpa..

Jika dulu Engkau benarkan Aku menikmati

rindu adam kepada hawa..

Jika dulu Engkau biarkan Aku di dalam

bahagia yang sementara Cukuplah wahai

Tuhanku!
Kerana di sebalik semua itu Aku pernah

kehilangan cintaMu..

Pernah gersang jiwaku

Pernah tandus imanku!

Derita itu merobek ketenanganku Hatiku

yang telah retak semakin retak..

Solatku tiada lagi khusyuknya

Rukukku tiada lagi ikhlasnya

Sujudku bersama fikiran yang melayang

entah ke mana..

Tahajjudku sudah tiada serinya

Munajatku sudah hilang air matanya!

Imanku longlai untuk berkata-kata!


Dan Ya Allah..

Setelah semua itu aku lalui Dengan penuh

susah, jerih dan payah,

Kugagahi jua langkah lemah ini..

Berbekal harapan yang tidak pernah mati..

Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki

Manisnya kurasai Bahagia dan ketenangan

abadi!...........



Amin.....




~Aku Seorang Hamba.

1 comment: